Tuesday, May 19, 2009

Yang Mana Satu

Perlukah ada persimpangan
Hingga memaksa aku membuat pilihan
Sedangkan setiap laluan
Nampak samar dan mengelirukan

Berilah aku sinaranMu
Agar dapat menyuluh kesamaran itu
Dan memilih jalanMu
Dengan yakin dan pasti
Kerana aku tidak ingin tersesat
Lalu menyimpang dari jalanMu

No comments:

Post a Comment