Wednesday, June 3, 2009

MASAKAN AYAH
Menu:
Ikan Baung Masak Asam Pedas
Ikan Patung Goreng
Ikan Patung sedang digoreng......

Ikan Baung Masak Asam Pedas....

Muhammad Amirul Izzat sedang makan dengan begitu selera.....


Ehemm....Sedapnya!!!!


Nak ratah Ikan Baung.......




AKTIVITI KEKELUARGAAN
Tarikh:
4 Jun 2009
Masa:
8.00 pagi - 10.30 pagi
Aktiviti:
Merumput di belakang rumah


Seronok dapat melakukan aktiviti membersihkan kawasan rumah bersama anak-anak. Aktiviti ini jika dilakukan bersendirian sangat membosankan dan saya tidak melakukannya bersendirian kecuali terpaksa apabila rumput dah panjang sangat. Halangan untuk lakukan aktiviti bersama ialah faktor masa dan jarak. Dalam dua bulan hanya beberapa hari bersua masa yang sebegini. Namun saya tetap bersyukur sebab masih ada waktu sebegini.

GELAGAT ANAK-ANAK
Izzat sedang menonton TV

Muhammad Muizzuddin sedang posing.......


Nurul Izzah tunjuk lukisan dia

Mereka tekun melukis......

Mereka adalah anak-anak yang perlukan kasih sayang. Mereka menghargai kasih sayang dan perhatian. Wahai anak-anakku!!!!!! Kalian begitu cepat membesar. Hingga terkadang aku lupa tentang susah payah dan penat lelah menjagamu ketika kalian masih bergelar bayi. Jadilah anak-anak Soleh dan Solehah kerana aku sentiasa berada bersama kalian dengan doa dan pengharapan meskipun kita tidak selalu dapat bersama.


Pemandangan Sekitar Sungai Kahang

Airnya mengalir dengan agak deras. Jernih dan menyegarkan mata memandang.

Di bawah rimbunan pepohon....Ikan Patung suka tinggal di situ.

Ikan Baung juga ada di dalam sungai ini.


Di sini aliran air agak perlahan.......



Di sini ada Ikan Lampam.......




Kami Memancing Lagi

Tarikh:
3 Jun 2009
Tempat:
Sungai Kahang
Aktiviti:
Memancing
Hasil:
Ikan Baung, Ikan Lampam Jawa, Ikan Patung
Aku sedang memerhatikan tempat sesuai untuk mencampakkan kail. Silap lempar kena tempat banyak sangkut. Kena pandai baca air.


Nurul Izzah sedang menunggu ikan menyambar umpan......


Aku dah dapat ikan baung.....

Muhammad Amirul Izzat sabar menunggu hasil.....


Muhammad Muizzuddin memerhatikan ikan baung yang Nurul Izzah dapat.
Bila ada masa untuk kami bersama, biasanya kami isi dengan melakukan aktiviti seperti ini. Selain daripada menziarahi rumah datuk dan nenek mereka, kami juga sering berkunjung ke air terjun Gunung Ledang.


Tuesday, June 2, 2009

Yang Tiada Dan Yang Sudah Ada

Kita selalu merintih, mengeluh meminta dariNya supaya dikurniakan itu dan ini tetapi lupa untuk mensyukuri apa yang kita telah ada daripada KurniaanNya.

Karya dari sungai

Sungai yang setia mengalir airnya dari hulu ke muara meskipun membisu namun mengerti luahan jiwa lara ini. Ikan dan langit bersatu sebagai isi alam buana turut mewarnakan lukisan jiwa dengan makna tersendiri.

Monday, June 1, 2009

Latihan Kemahiran



Seminar Latihan Kemahiran telah dianjurkan oleh ADTEC batu Pahat pada Mac 2009. Beberapa orang pelajar SMK Munshi telah menyertainya.