Monday, May 4, 2009

MENCARI SILAP SENDIRI

Puas sudah aku mengimbau detik-detik masa lalu
Namun tak kutemui titik permulaan bagi kekeliruan ini
Entah apa silapku
Hingga aku rasa dipinggirkan
Meskipun hadirku
Cukup untuk disedari
Andainya khidmatku
Tidak lagi perlu
Andainya sumbanganku
Tidak lagi bermakna
Aku rela disingkir
Namun.....
Berilah aku peluang
Mengerti apa yang telah terjadi
Sehingga aku perlu lalui semua ini
Insya Allah...
Aku akan redha
kerana ini bukan yang pertama kali buatkan
Mengharungi ujian seumpama ini.

No comments:

Post a Comment